Segala Puji Bagi Allah.
Memetik kata-kata seorang penulis blog,, hidup kita ini ibarat sehelai kertas putih. Apa saja yang terlakar dan tertulis di atasnya adalah catatan dari Tuhan.
Ya, tidak kiralah kita merasakan tulisan itu titisan yang comot dan tak terketahuan
atau hanya noktah hitam.Atau lakaran yang tak dimengertikan.
Tetaplah bacanya dengan cinta
Hakikatnya itulah tulisan yang terbaik dari Tuhan buat kita. Ditulis dengan cinta-Nya terhadap kita
Kasih-Nya buat kita.
Lalu berhati-hatilah membaca tulisan Tuhan buat kita.
Jangan tersalah tafsir lalu tulisan cinta itu dibaca sebagai derita.
Tidak semua tulisan itu dapat kita fahami namun yakinlah setiap titis catatan buat kita itu, punya cinta yang tak terhitungkan buat kita.
Kerana Tuhan itu bekerja dalam rahsia.
Jadi, inilah lakaran kehidupan 'Brahim'. Inilah titisan saya buat 'Brahim'.
Namun bukanlah saya penulis takdir yang penuh cinta. Kerana pemberi cinta itu hanya Dia.
Saya hanyalah peminjam cinta yang sedang menunggu tarikh luputnya ia.
Saya pernah bercita-cita menjadi arkitek, dan saya juga pernah ingin menjadi pelukis. Tapi, rupanya jalan saya sekarang adalah menjadi saintis(ammmeeenn). Tapi menulis membenarkan saya menjadi apa pun. Buat masa ini, saya menjadi tukang masak dahulu, ya!