Thursday, September 15, 2011

Lalu daun pun berguguran...


“Bila kamu lihat daun berguguran, ia sangat signifikan. Lain dari penglihatan kawan kamu dari FST atau fakulti lain”
 Saya pelajar FST!
Begitu saya menjerit dalam hati. Jadi kenapa dengan pelajar FST?

Cara melihat yang berbeza. Jika kami, atau secara khususnya saya yang mungkin satu-satunya pelajar yang ‘sesat’ di dalam kelas tersebut memahami; apabila daun gugur bermakna ia tidak lagi menjalankan proses fotosintesis mungkin pigmen hijau tidak aktif, atau mungkin juga ada enzim yang terhalang dari terhasil. Lalu, gugurlah daun itu…


Jadi bagaimana pula pelajar lain berfikir? Falsafah di sebalik daun yang gugur.  Baik, saya cuba.
 Kita tak mungkin selamanya muda, hijau dan seenaknya menghirup nikmat di dunia selama-lamanya. Sampai masanya yang hijau akan menjadi kuning. Yang kuning pula akan menunggu masa untuk gugur. Lalu apabila gugur, siapakah yang peduli? Malah perlu diketepikan, bagi mengelak pemandangan yang menjengkelkan. Oh, mungkin juga ada daun yang terpilih, disisip dicelah buku,lalu bertukar nama menjadi ‘penanda buku’. Namun siapa boleh menjawab persoalan;  “Daun yang manakah dipilih untuk dihias cantik pada sekeping kertas kecil itu?”


(Pembaca: Bu…. Awak dah merepek jauh!!!)

Begitukah?

Menulislah dengan ayat yang indah.
Awak perlu buktikan apa yang awak dapat. Bercakap berjela-jela saja tidak ada maknanya. Terus kepada isi.

Ayat pertama dari Dr Mawar, pensyarah subjek elektif saya.
Ayat kedua pula dari penyelia tesis saya. 
Kontra. Satu kata yang boleh menterjemah keadaan yang saya hadapai sekarang.
Penulisan jurnal yang menolak perkataan ‘saya’, ayat berbunga-bunga dan berjela-jela.. terang terangan tidak bersahabat dengan subjek elektif ini.
Lalu, mengapa awak ambil subjek ini?
Sebab utama,kerana subjek ini saja yang masih kosong
Sebab kedua, saya perlu membuat sesuatu yang boleh menghiburkan saya, dalam masa yang sama, memberi manfaat pada saya. Serampang dua mata.
Subjek ini mengasak saya supaya membaca. Jadi, saya tak perlu mencuri-curi masa lagi dan terasa bersalah apabila membaca bahan fiksyen berbanding membaca jurnal atau nota kuliah.
Oh ya! Sebenarnya dalam kelas tadi,fikiran saya banyak menerawang. Sibuk memikir tajuk tesis yang bakal diberi oleh penyelia saya. Maaf ya Dr. Mawar. Saya masih terbayang muka tegas penyelia saya semalam.  Takutnya!
Tesis saya berkaitan dengan meleodoisis . Sejenis penyakit disebabkan oleh satu bacteria yang sangat cergas dalam pepasir. Kes kematian di Malaysia baru-baru ini pernah  berlaku di Maran. Yang menjadi misterinya, mereka yang menghidap  diabetis akan lebih mudah dijangkiti. Yang paling mengerikan, sekali mangsa yang terinfeksi, dia hanya boleh bertahan dalam masa dua hari! Apa yang menarik, saya akan bekerja dengan mencit atau tikus makmal, bukan sel kultur. (Yay!) Bekerja dengan makhluk seni dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar  ini, banyak risikonya. Seperti bekerja dengan bayang-bayang.
Tiba-tiba saya terfikir, bagaimana kalau saya ‘mengahwinkan’ maleidosis ini dengan sastera? Bolehkah? Logikkah?
Tak mustahil rasanya,  saya teringat Rahmat Haroun Hashim yang berjaya menulis novel berkaitan kimia dan fizik dalam Fitrah Kimiawi. Ia sangat berkesan.
Tapi, tema cerpen berkaitan dengan masakan. Masakan,maleodoisis, GSK3, boleh kah persahabatan mereka terjalin dalam satu cerpen? Langkah pertama saya perlu melakukan perjanjian damai antara mereka.
Masakan. Diabetis. GSK3. Rasanya idea ini lebih baik dari maleodisis. Tak perlu saya buat kajian lain lagi, kan?

Oh ya, indahkah ayat-ayat yang saya tulis ni? Jauh sebatu dari perkataan indah. Kadang-kadang apabila membaca catatan-catatan lepas saya, saya dihantui satu persoalan.

“Benarkah saya yang menulis catatan ini?”

Satu ketika saya membaca sajak yang pernah saya tulis semasa sekolah dahulu. Untuk guru saya. Memang mengelirukan. Bagaimana saya boleh menulis sajak sebegini? Sedang sekarang hendak menulis dalam bahasa yang santun pun, kekunci ‘backspace’   yang kerap diketuk.

Kelemahan saya. Tak tahu buat penutup. Bolehkah ini saja sebagai penutup?

2 Responses so far.

  1. Mawar says:

    Zubaidah
    terima kasih kerana terus bertahan dalam kuliah saya dan menyenanginya. saya punya naluri yang mengatakan sdr punya bakat menulis. bahasa sdr yang kemas dan mahu terus saya ikut membaca. sdr punya latar bacaan yang bagus tentang sains. alihkan dalam cerpen. ya, dikotomi sains-sastera memang tidak harus wujud dalam kerangka pendidikan negara kita. harus saksama dan dinikmati. berbahagi. ingatkan saya untuk bercakap mental block, dalam kuliah nanti. saya ada pandangan tentang itu. jumpa di kuliah minggu depan. harap 2 kuliah saya nanti Zubaidah dapat masuk awal atau masih jam 9?

  2. haku says:

    Dr Mawar,
    terima kasih memberi kata perangsang..
    Maaf dr, saya masuk lambat lagi minggu hadapan..

Leave a Reply

 
 

Recent Comments

Dengar

Maher Zain ft. Irfan Makki_I Believe

Powered by mp3skull.com

Followers

siapa datang?

About Me