Menghadiri Muzakarah Bahasa dan Persuratan 16 Mac 2012, banyak mencetuskan pelbagai perasaan juga mendapat imput baru buat diri yang masih bergelar belia. Terasa bukan sesiapa untuk duduk bermuzakarah di kalangan bijak pandai dan berpengalaman dan umur yang jauh berbeza. Suasana yang asing. Saya memanglah hadir memakai tag NGO. Hakikatnya saya hanyalah seorang saya. Bukan sesiapa.
Saya agak terkilan, kerana tiba lewat ke muzakarah itu, gara-gara sesat di Kuala Lumpur ( Oh, saya tak pernah tak sesat lalu bulatan kewajipan- wajib sesat!) Sampai di situ, kami diminta duduk di barisan yang telah direserved. oh! saya masa itu, belum menukarkan mood makmal ke mood serius sebegitu. lebih-lebih lagi tadi kami hampir terlibat dalam kemalangan-luar-logik-akal. Oh, debar tak habis datang yang baru. Dan saya pula,tiada pilihan lain duduk di barisan hadapan sekali! Meja beralas kain putih. Lebih menekan perasaan, ketika duduk, peserta sebelah saya sedang mencadangkan ideanya! Aduh, rasa kecil sungguh, dalam hati, kenapa lah, aku yang kena duduk sini? Apatah lagi bila mengetahui yang sedang bercakap itu Professor dari UM yang sangat aktif memartabatkan bahasa Melayu. Oh, semut yang silap sarang, sarang kumbang diharung! Pasti ramai yang terfikir, meluat. 'siapalah budak setahun jagung yang perasan bagus sangat ni? datang lambat, berani-berani pula duduk hadapan?
Lama, saya duduk, dan hanya menunduk. Malu, tambah segan, sangka saya, hadirnya saya, sekadar memenuhi jemputan, hanyalah seorang pendengar yang memang kebiasaannya duduk dibelakang. Ini dihadapan. Jelas nyata dan terang wajah Dr Awang Sariyan!
5 minit pertama, satu apa pun tak faham apa yang dibincangkan. Tapi, saya buat-buat menulis. Tulis sajalah apa yang prof sebelah ini cakap. macam dalam kuliah..
Belum panas duduk di kerusi perbincangan, minda saya sudah diterjah dengan isu penguatkuasaan undang-undang terhadap pesalah yang menyalahgunakan bahasa dalam pertuturan formal di media saluran Nasional (sebenarnya ambil masa untuk menghadamkan apa yang sedang dibincangkan). Ia ternyata ditujukan kepada menteri-menteri dalam pengucapan mereka.hal ini dibangkitkan oleh Profesor dari Um. ia ditanggapi oleh Pengarah DBP dengan menyatakan mungkin hukuman yang dilakukan ke atas mereka bukanlah dalam bentuk hukuman fizikal, tetapi celaan dan pendidikan dari DBP. sistem bintang juga perlu dipandang oleh institusi, mana-mana institusi yang menyahut seruan DBP, akan dilabelkan dengan aras bintang. ( bukan bintang tiga! gurau Dr Awang sariyan)
Isu pengantarabangsaan Bahasa Melayu juga diketengahkan. penekanan dan tindakan mewujudkan Institusi Khas bagi memartabatkan Bahasa Melayu perlu ditubuhkan. seperti negara-negara luar yang lebih menghargai bahasa bangsa mereka seperti India, China. cadangan supaya bilionaire menyumbangkan dalam merealisasikan impian ini.
Sangat tertarik dengan masukan daripada Encik Goh Hin San yang sangat menyokong penguasaan Bahasa Melayu dikalangan orang cina. beliau menyatakan Bahasa Melayu bukanlah sekadar untuk orang Melayu, tetapi melihat bahasa ini sebagai bahasa perpaduan, juga bahasa ilmu. Ia merupakan hak milik semua rakyat malaysia. Sementara Dr Awang Sariyan menambah, Bahasa melayu adalah hak milik mereka yang mempunyai mykad atau mykid.
Cadangan dari Datin Paduka Suhaimi Baba lebih realistik yang mana bahasa melayu tinggi perlu dipopularkan melalui medium filem dari penulisan skrip yang benar2 berkualiti dan meminta kerjasama DBP dari segi penterjemahan dan interpretasi.
Saya agak tertarik dengan wakil dari Majlis kebudayaan Daerah Petaling. Beliau menyuarakan Bahasa Melayu dipopularkan. Kegiatan bahasa tidak bersifat eksklusif. Saya menyedari apa yang dikatakan beliau benar. Mungkin DBP perlu keluar dari kepompong mereka dan keluar, melihat situasi sebenar masyarakat. Dengan erti kata lain, isu bahasa dan persuratan ini hanya ‘berlegar’ di DBP juga kepimpinannya, dan terasa usaha sebenar telah dilakukan. Namun usaha DBP tidak pun dirasai oleh masyarakat. Agak tidak adil meletakkan tugas nasional ini seratus peratus terhadap DBP yang banyak menganggung masalah lain. Tapi inilah hakikatnya.
Saya ingin menyuarakan pandangan saya.. Saya hanyalah pelajar yang sibuk dengan fakta-fakta sains, dan hanya bergelumang dengan kajian saintis yang gilakan DNA (yang tujuan sebenar menkaji adalah kerana takut mati), pengubahsuaian DNA, terapi penyakit, nama dadah dan segala macam fakta. Saya sebagai pelajar luar skop sastera, budaya dan bahasa tidak langsung didedahkan dengan masalah bahasa. Malah mungkin tidak menyedari bahasa saya sedang berdepan dengan ancaman. Tapi, hanya bila saya agak cenderung dengan penulisan, saya baru tersedak bila membaca artikel di majalah yang sememangnya pelajar sains tak akan menatapnya. Dewan Bahasa? Dewan Masyarakat? Dewan Sastera.. Tunas Cipta..
‘Eh, what are these? What for you read it? Is it related to your thesis?’ Kawan saya bertanya begitu. Hairan sungguh reaksinya itu.
Jadi, melihat situasi ini, saya menyedari majalah dan apa-apa saja yang diterbitkan oleh DBP sebenarnya adalah satu alternatif sahaja untuk kami, golongan yang meminati seni penulisan, persuratan, dan ya, pelajar yang terlibat secara formal dalam pembelajarannya yang akan membeli semua ini. Yang akan tahu, dengan situasi ini. Saranan saya ialah, DBP membuat satu revolusi supaya bahan bacaannya lebih mesra pembaca, dan sesuai dengan remaja, lalu mesej itu mudah sampai kepada mereka. Oh, saya tak nafikan, peratus pembaca tegar di Malaysia pun sangat sedikit. Dalam peratus yang sedikit itu pula, sedikit sahaja yang membaca bahan ilmiah, dari yang membaca bahan Ilmiah itu juga sangat sedikit membacanya tanpa bias dengan jurusan akademiknya.
DBP juga seakan lega dengan kelompok-kelompok yang mencari bahan dari mereka. Kumpulan penulis, karyawan.kelompok ini yang berminat. Zon selamat mungkin. Bagaimana untuk menambahkan pembaca dari pelbagai latar belakang dan fahaman? Saya juga melihat gambar kulit buku DBP juga static, stereotype. Tidak dinamik. Konsep tidak menghakimi buku dari kulitnya,tidak sesuai jika DBP ingin menarik pembaca dari pelbagai golongan. Jika saya, ya, jika saya kenal penulisnya, walau bagaimana teruknya gambar hadapannya saya tetap beli
.
Tapi bagaimana jika saya tidak mengenali penulis itu? mahu tidak mahu, saya menilanya dari kulit buku. Ia adalah realiti. Majoriti pelajar yang mahu menghabiskan baucer bukunya saya dapati berbuat begitu. Mungkin ini adalah masalah kecil yang boleh dipejamkan mata, tapi ini adalah pandangan umum dari kaca mata remaja, belia, dan pengguna.
Bahasa Melayu juga dilihat sebagai medium dakwah yang utama, bagi memastikan mesej yang betul sampai kepada bukan muslim. kekeliruan terhadap Islam adalah disebabkan faktor bahasa. begitu yang dilontarkan oleh Ridhuan Tee.
"Mengapa terjadi begini, sehingga kita memerlukan dan mengharapkan orang lain (dimaksudkan adalah mualaf cina) bagi menyampaikan Islam" ujar beliau bersungguh. Sehinggakan Dr Awang menyatakan beliau lebih 'melayu' dari orang Melayu.
Resolusi bagi muzakarah kedua adalah menterjemahkan karya agung juga menjadikan kisah sejarah-sejarah tokoh melayu nusantara lebih mudah diterima umum apabila ia dipermudahkan dalambentuk novel. Panel akan ditubuhkan bagi merealisasikan matlamat ini. DBP juga memberitahu pihak mereka yang akan membuat road tour ke universiti seluruh malaysia dan membuat dialog bersama TNC supaya langkah memartabatkan bahasa MElayu diambil kira dalam pembelajaran di peringkat tinggi
Apabila tamat muzakarah kami rupanya menjadi perhatian umum.
“Mana tadi yang belia-belia tadi?”
“Kamukah yang dari kumpulan belia tadi? Bagus! Ini yang kita mahu!”
Oh menyesal pula tadi fikirkan, majlis ini tak sesuai untuk saya.. lihatlah, semuanya sudah berpangkat datuk dan pakcik semuanya. Pakcik bukan sebarang pakcik , tapi Profesor, Dr, datin dan datuk juga pasti ada..
“Adik, marilah makan.. jangan malu-malu..”
Ya saya bukan malu, tapi tak selesa. Tapi lihatlah mereka itu, begitu menghargai kami. malu sendiri!
Bersembang di meja makan secara tidak formal ternyata lebih menenangkan. Apa lagi bila diketahui, mereka bekas UKM. Dan fakulti sama pula! Wah! Bersemangat jadinya diri ini.
Cerita luar topik juga keluar, luahan dari orang lama, agak menuntun hati. Remaja dan muda-mudi sekarang sudah luput dari nilai-nilai insan. Tiada hormat pada orang tua.. jati diri luntur. Cerita pekerja muda yang bekerja hanya tujuan makan gaji, sangat berlainan dengan orang lama yang bekerja atas tanggungjawab, atas kesedaran dan semangat bangsa. Ah! Tiba-tiba terasa mahu memutihkan imej belia dengan memohon bekerja di sini. Tak semua belia begitu! Oh, kasihannya kami, dipalit lumpur yang bukan dari bendang kami, malah kami tak sedar pun ada yang menuang nila pada balang susu kami! Semacam ada kezaliman di situ. Dalam diri berazam, akulah belia dan muda yang berwawasan! Wah, bukan main, sekali dah dapat habuan dalam tangan, berpatahlah segala azam. Moga tidak begitu..
Bagaimanapun pendapat saya, muzakarah ini, seakan teraba-raba dalam menuju objektifnya. Mungkin ia perlu lagi dibahagikan kepada skop yang lebih kecil. Atau mungkin terlalu banyak masalah sehingga objektif sebenar gagal difokuskan. Apa pun ia satu pengalaman baru buat saya, si pucuk yang baru mengenal terik mentari.
Serasa saya, banyak lagi isu yang dibangkitkan dalam muzakarah itu. Tak tercatit, tak tertulis di sini. Terkadang teraba-raba sendiri mencari pucuk pangkal perbincangan. Apakah..? Apa pun saya dapat menilai diri. Betapa kami ini, belia ini, sangatlah cetek pengetahuan dan pengalaman. Tak terjangkau dek fikiran apa yang mereka fikirkan terlalu jauh ke hadapan. Terlalu dasar jika mahu dibandingkan dengan saya yang.. oh, jujur katakan, nak lontar pandangan pun rasanya tak tahu apa yang nak diisukan.
Apa yang boleh kami suarakan, adalah sokongan. Ya, kami perlu lebih faham rasanya. Tapi pandangan cetek kami dan sekilas kami inilah yang kami lihat. Inilah apa yang kami tangkap dari kaca mata kami. mungkin tak sedahsyat pandangan dan saranan orang lama.. mungkin tak seberapa.. namun inilah realitinya. Er.. tak, rasanya saya adalah belia yang baru belajar, belajar untuk serius, belajar untuk lebih peka.
Hakikatnya, bila duduk dan berbicara dengan rakan sekelas, itulah belia. Kelas, esaimen, tutorial, aktiviti kolej, dan.. hiburan sudah pasti. Lalu dimanakah sifat peduli masyarakat nak diselitkan?
Inilah zon selamat aku, kau tak kacau aku, aku tak kacau kau. Mudah kan?
Mudahkan? (Ah, sakit jiwa~ hidup bukan untuk diri sendiri kawan!)
Ingin diingatkan ini adalah pandangan peribadi saya. Untuk peserta lainnya dari delegasi yang sama, pastilah hebat lagi.
Hakikatnya saya tidak berhenti berfikir dalam muzakarah itu. Di manakah saya? Di manakah peranan pemuda? Apa status saya? Apa yang boleh disumbangkan? Hendak mengangkat martabat bahasa? Oh, lihatlah, kamu sendiri, berbahasakah kamu? Lihatlah ayat kamu, cacamerba.
Rasanya lebih baik saya menyudahan sesi menconteng ini. Lebih banyak lebih bosan. Lebih lama lebih meleret.
p/s : mesti ada kutuk: Apa hal nak nasionalis sangat?