Yang anda suka untuk nikmatinya walaupun untuk kali yang ke seribu?
Makanan PERCUMA!
Setuju tidak dengan pendapat saya?
Hari ini saya mendapat makanan percuma. Dari senior yang bakal bergraduasi Isnin ini.
Beef steak with cheese. atau dalam bahasa kita, steak kambing bersama keju. Diapit dengan roti.Senang kata, kebab kambing ..
Roti ini bukan sekadar sedap kerana percuma, tapi ia memang boleh dipuji rasanya. Apa yang seronok, ia dibelanja oleh senior saya yang sudah setengah tahun tak bersua! Entah bila lagi baru dapat bersama lagi, dan dapat belanja saya lagi! (senyum)
Mula menggigit roti ini saya dapat rasakan rasa kejunya. Saya suka itu. Juga daging kambing yang agak liat tapi masih boleh dikunyah itu memberi bonus berbanding kebab ayam yang biasa kita jumpa.
Ketika mengunyah, hati saya berbisik.
Rasa ini seperti sangat familiar.
Roti yang gebu seperti jejaring mengait antara satu sama lain. Rasa keju yang cair dalam mulut saya itu. Juga bawang yang dibakar itu terasa manisnya,dan pedas lada hitam mengigit-gigit manja deria lidah,bersama mayonis begitu. Benar-benar membawa saya ke masa lalu. penat berfikir, memintal memori, kemudiannya baru saya ingat.
Ya. Ini seperti rasa roti yang sama, yang pernah dibuat oleh kami adik beradik. Adunan roti yang kakak uli, kami ubah-tambah menjadi piza. Saya rasa ia lebih sedap berbanding piza yang pernah saya makan. Sebab piza yang ini lebih mayonis, lebih keju, lebih sos dan lebih utama lagi, ia ada rencah tambahan yang tidak dapat didapati di mana-mana kedai pun. Kasih sayang.
Kami makan roti dan piza tersebut seperti makhluk dari Zuhal yang tak pernah menjumpai roti seumur hidupnya. Seperti tiada lagi esok buat kami, seperti roti akan bakal pupus di muka bumi ini pada esok harinya.
Saya rasa roti itu biasa saja, tapi yang jadi luar biasa sedap,ialah kami makannya bersama-sama. Terasa rencah kasih sayang dan terpadam kerinduan kami setiap kali mengunyah roti tersebut.
Ayat saya dan adik-adik yang masih saya ingat ialah.
"wah.. sedapnya, macam roti beli. Macam roti betul"
"memanglah ini roti, ada roti tipukah?" Adik saya membalas. Pecah tawa kami.Betul juga kata-katanya itu.
Habis jiran sebelah pun kami ingin kongsikan rasa bahagia itu.
Kesimpulannya, sekalipun anda makan hanya mee segera, jika anda mendapatkannya secara percuma, ditambah anda makan bersama yang tersayang, pasti makanan tersebut menjadi makanan yang paling sedap pernah anda makan.
Cit!!! tetiba jer buat aku terasa lapar..hohooho
haha.. aku berjaya juga buat org 'makan' bersama tulisan aku..
kau mangsa pertama!