Menarik bukan?
Idea datang apabila saya teringat rancangan Ayat Riwayat, di TV Al-Hijrah. Malangnya saya terlupa episod ke berapa yang mentafsirkan ayat mengenai Nabi Ibrahim itu.
Mungkin saya boleh menggunakan kaedah interteks dalam cerpen saya. Okey, mari lihat apakah makanan ini.
Chee Kufta.
Nama saja pun pelik, penyediaannya lagi pelik. Namun dari segi luaran ia tidak jauh beza dengan kebab-kebab yang lain. Daging mentah? jangan terlalu awal membuat andaian. Mungkin anda sudah bayangkan daging merah basah, masuk kedalam mulut anda? Bukan begitu..
Saya boleh bayangkan kesedapan masakan ini bila melihat kepada jenis daging yang digunakan ialah daging terbaik, iaitu daging kambing dari peha, yang dibuang lemak, otot dan juga dibuang tulang (masalah dalam penterjemahan, deboned?).
Tiba-tiba terbayang 'lamb with cheese' di Delifrance. dengan air lemak daging yang ,mengalir, bercampur dengan keju.. Mungkinkah sama?
Daging yang telah dicincang tadi, dicampurkan dengan bawang, garam,serbuk lada, lada hitam, dan rasanya semua jenis lada.
Daging perlu digaul-ramas bersama bahan-bahan 'panas' tadi di atas dulang timah, selama 45 minit! Rasanya semua microbiota di kulit tapak tangan terus berpindah ke daging itu, mungkin itu juga salah satu sebab daging itu masak? Pembuat hidangan ini perlu menguli daging ini dengan ais, untuk mengelakkan tangan menjadi pijar. Yang menarik, untuk mengetahui sama ada daging itu sudah masak atau belum, kita perlu melontarnya ke siling. Jika ia melekat, maksudnya daging sudah selamat untuk dimakan. mungkin dinding dan siling rumah di Urfa,Turki penuh dengan kesan daging melekat?
Daging tersebut boleh dimakan dengan roti seperti kebab atau burger. Pastilah sangat pedas bukan? Lah, bagaimana saya nak menerangkan rasanya jika lidah saya tidak pernah menyentuh Chee Kufta ini? dari bacaan yang saya lakukan, ianya berkrim, rasa manis daging bercampur dengan lada itu, sangat ideal.Anda boleh rasakan jus daging mengalir disebalik deria lidah anda, Ada satu restoran Turki, namanya Restoran Saba, yang menghidangkan makanan, satu pinggan paling murah RM15. Mahu cuba?
Tak mengapa, terima kasih. Mungkin saya perlu memikirkan alternatif lain daripada menggunakan duit yang boleh menampung makan minum saya selama 3 hari,untuk satu hidangan yang berasal dari isteri Nabi Ibrahim itu. Mungkin saya perlu mencari rakan dari Turki, berbaik-baik dan mendapat chee kufta percuma.. Oh! kalau ada yang nak belanja saya, saya tidak menolak!