Jadi, tadi sepatutnya adalah detik-detik akhir saya mempunyai kaitan dengan Penulisan Kreatif.
Dengan menyaksikan peristiwa sadis, masuk ke dewan peperiksaan dengan baju lembap, akibat kehujanan. Hanya semeter lebih sikit saja saya mahu sampai ke DECTAR namun hujan lebat tak kasihan pada saya. Sebenarnya ia adalah balasan lambat hadir ke dewan.
Baru beberapa minit di dalam DECTAR itu, buat saya seperti di dalam peti ais. Blazer yang di bawa hilang fungsinya bila tadi sudah basah di timpa hujan. Bila sejam berlalu, tulisan saya dah semakin sukar dibaca, pena ditangan sudah tak tahu harus digenggam bagaimana. Sejuknya!! Mujur minda saya juga tidak beku sama. Alhamdulillah, idea agak mencurah..Berkat doa umi mungkin.
Walaupun malu nak beritahu, bila saya semak semula jawapan yang saya catat tadi, rupanya ada sesetengahnya saya dah menukar fakta jadi auta, dan mengubah sesetengah karya orang! Teringat kata-kata cikgu Fizik saya dahulu. Ketika menanda kertas jawapan kami, di situlah cikgu dapat ilmu-ilmu dan formula yang baru dicipta oleh kami yang belum pernah dijumpa sepanjang sejarah dunia!
Saya tak mampu menunggu lagi, walau ada baki setengah jam lagi. Kulit saya tak mampu menangkis kedinginan ini ditambah dengan baju yang lembap. Gigi sudah menggeretap.( Apa yang saya fikir tika itu, adalah secawan kopi creamer panas!) Lalu saya terpaksa keluar. rasanya jemari ini tak mampu menulis lagi dan tiada apa yang hendak dituliskan pun.
Bila sebelum keluar, saya menemui Dr Mawar. ada sedikit konversasi yang terjadi antara kami. Ah! saya tak tahu perasaan saya tika itu. Tiba-tiba sukar berkata-kata. Ya, sebab utamanya memang saya sejuk sampai tak boleh membuka mulut. Ada sesuatu yang menekan peparu saya dari mengepam udara dengan baik.Ya, saya sebenarnya kalau sejuk, saya akan rasa mual nak termuntah. Begitulah saya rasa tika itu.
Alahai..rasa malu pula jadi begitu dihadapan pensyarah saya itu. Sebab lainnya saya tak boleh lancar berkata-kata..? baiklah, kerana saya sebak sedikit. Tiba-tiba emosional.. Tak stabil. tapi mungkin beberapa peratus sahaja. selebihnya saya memang sangat sejuk dan sukar bernafas. Saya kan punya asma yang suka kembali tanpa beri isyarat.
Benarlah, sepatutnya ini perkaitan saya terakhir dengan penulisan, tapi, saya ada niat untuk meneruskan. Cuma kekadang terasa rendah mencecah tanah saja bila dibandingkan dengan mereka yang sememangnya dari dahulu bersama sastera..Oh baik hentikan cerita tak seronok ini..
Yang selebihnya saya simpan saja ya ceritanya.. ahah!
Zubaidah
saya baru tahu, ramai pelajar yang hampir beku dalam dewan peperiksaan pada hari tersebut. ya, masuk ke "ruang ais" selepas meredah hujan lebat di luar. antarnya Sabariah, di samping sdr! kasihannya :-(
oh? Sabariah di sebelah saya? gara-gara sejuk saya tak perasankan dia! hehe