Monday, October 3, 2011

Mestikah ketawa?

"Buku apa yang awak sedang baca sekarang ni?" pertanyaan rakan sekelas saya di pagi yang sibuk itu, membuat saya terpana sebentar. Wah, jarang saya menerima soalan begini. Mujur saya sedang membaca sekarang. Jika tidak malu juga hendak menjawab 'tidak'. Secara tak langsung saya akan mengiyakan statistik orang Malaysia membaca dua muka surat setahun.

"Oh, saya sedang baca buku Sangkar"

"Sangkar?Apa tu?" Dia terpinga

"Buku karya sasterawan negara" ujar saya.

Lalu dia ketawa. Mengapa? saya pula terpinga.Saya mengerut dahi sambil memandangnya hairan.



"Kenapa awak baca buku sasterawan negara?"

Saya jadi semakin hairan dengan soalan itu. Salahkah saya baca buku itu? pelikkah? Buku  itu buku yang berkualiti untuk dibaca. Tidak 'kosong.'

Soalan  beliau membuat saya mengimbas peristiwa Sabtu lalu.

Saya terserempak dengan sahabat saya yang juga sefakulti dengan saya. Dia sedang duduk membaca sambil menikmati hidangan roti. saya tersenyum. Ini bukti orang Malaysia suka membaca.

"Baca buku apa?" tanya saya selepas berbasa basi dengan beliau.

Dia menayangkan muka hadapan buku. Hijab Sang Pencinta. Saya mengangguk. Ya. Saya sudah tamat membaca penutup bagi siri kependekaran Laksamana Sunan ini.

"Bahasa buku ini indah bukan?" katanya lalu mengajuk kata-kata Laksamana Sunan, watak utama novel itu. Saya tersenyum sambil fikiran mencari memori cerita yang sudah layu dalam otak saya. entah tahun bila saya tamat baca buku ini.

Perbualan kami, membuat saya duduk juga menyertai meja yang beliau duduki. Saya membuat keputusan untuk menunggu sahabat saya di situ. Saya mengeluarkan buku yang baru dipinjam di Perpustakaan Tun Seri Lanang.

"Buku apa tu kak?" dia melihat kulit buku yang tidak berwarna itu. Saya mengunjuk buku tersebut lalu menyelak helaian buku itu dihdapannya.

"fatimah busu punya buku"

"Kenapa akak baca buku macam ni?" katanya bila melihat helaian yang sudah kekuningan itu. Buku itu sudah agak langka. Juga tidak menarik, jauh beza dengan buku yang berlatar merah yang sedang dipegangnya.

Saya agak tersinggung dengan perkataan 'macam ini' yang dituturkan olehnya. Sedihnya. Adakah kerana saya pelajar FST saya tidak layak membaca buku sebegini? Perlukah sebab yang kuat untuk membaca sesetengah genre, sedang negara kita dikatakan negara demokrasi, tanpa garis bahagi?

Leave a Reply

 
 

Recent Comments

Dengar

Maher Zain ft. Irfan Makki_I Believe

Powered by mp3skull.com

Followers

siapa datang?

About Me