Friday, September 16, 2011
BAPA saya meninggal dunia ketika umur saya tujuh tahun. Waktu bapa sakit tenat, dia mewasiatkan teman baiknya, Istimewa untuk menjaga saya. Istimewa, lelaki seusia bapa itu tidak pernah bercakap sepatah pun dengan saya. Anehnya, sejak bapa meninggal, Istimewa adalah bapa kepada saya.
Sahabat baik saya, Kawan, kerap mengejek saya kerana berbapakan Istimewa. Saya tidak peduli. Saya pun tidak pernah menganggap lelaki itu sebagai bapa. Ada atau tidak lelaki itu di sisi saya sama saja.
Kawan, selalu menempelak saya, mengatakan saya tiada kaki. Kerana, tiap langkah saya dipapah Istimewa. Walaupun dia sahabat baik, rupanya dia tidak pernah menyedari saya tidak pedulikan Istimewa.
Waktu saya tamat SPM dengan 9A, Kawan juga mendapat 9. Saya gembira dengan kejayaan saya tetapi, saya disindir Kawan. Katanya, saya mendapat 9A kerana Istimewa duduk di sebelah saya di dalam dewan peperiksaan. Istimewa menandakan jawapan untuk saya. Lainlah dia yang berusaha gigih untuk mendapat 9A.
Saya mengayuh basikal ke rumah Kawan, sebaik saja saya mendapat surat tawaran ke universiti. Kawan yang duduk di atas anak tangga hanya memandang tanpa rasa melihat saya datang.
“Saya dapat ke universiti Kawan.”
Dan seperti saya duga, Kawan mengatakan Istimewa yang membuat pilihan siapa yang boleh atau tidak masuk ke universiti. Kali ini kata-kata itu tidak disampaikan dalam nada gurauan, tetapi serius dan penuh tekanan.
Saya pulang mengayuh basikal dengan longlai. Air mata saya gugur. Saya tidak percaya, sahabat baik saya tidak mempercayai saya lagi. Sejak itu perhubungan kami dingin. Waktu saya ke UM, Kawan khabarnya terbang ke Temasik. Kawan mendapat biasiswa Kerajaan Temasik dengan syarat tamat pengajian kelak Kawan perlu berkhidmat di sana.
Saya pernah tanya Kawan mengapa dia menyanggupi perjanjian tidak adil itu. Tetapi Kawan hanya sinis berkata, mengapa pula saya sanggup mengkhianatinya kerana Istimewa. Saya terdiam. Hati saya terbakar lagi.
Saya tidak tahu apa terjadi dengan Kawan. Apatah lagi selepas tamat matrikulasi, saya terbang ke Britain. Saya mengaji dalam bidang undang-undang. Saya ada banyak pilihan bidang akademik yang lain. Saya boleh menjadi doktor, arkitek atau akauntan. Tetapi entah mengapa saya tertarik benar untuk menjadi peguam.
Waktu saya berangkat ke Britain, saya beri amaran kepada Istimewa, jangan ekori saya ke sana. Jangan bayangi saya lagi. Saya mahu jadi diri sendiri. Istimewa seperti biasa tidak tersenyum, tidak ketawa jauh sekali berkata-kata. Justeru saya membuat konklusi sendiri, Istimewa adalah lelaki gila.
Saya tiba di Britain hanya untuk bertembung dengan Kawan. Kawan juga menuntut dalam bidang yang sama. Hari pertama mendaftar di Temple‘s Inn, Kawan menyambut saya dengan soalan sinis, kau terbang bersama Istimewa? Saya tidak menjawab. Hati yang terbakar masih terbakar.
Rupanya semakin saya mengenali Kawan, semakin saya tidak mengenalinya. Anehnya, kami sangat akrab sewaktu di Britain. Kami berkongsi susah dan senang. Pernah sama-sama menjadi pencuci pinggan bagi menampung kehidupan di tanah rantau. Kami pernah makan nasi dengan ikan masin saja.
Tetapi biasiswa Kawan lebih banyak daripada saya, justeru jika saya keputusan duit, Kawan tidak pernah lokek menghulur. Begitu juga jika Kawan keputusan belanja, saya sanggup berkongsi apa yang saya ada.
Persahabatan dan kehidupan kami di sana bahagia dan sentosa tanpa kelibat Istimewa. Rupanya, seperti yang saya katakan tadi, semakin saya mengenalnya semakin saya tidak mengenalnya. Jika dulu persahabatan kami diuji lelaki bernama Istimewa kali ini ia teruji lagi dengan kedatangan gadis berambut perang bernama Anne.
Saya mengenali Anne di Malaysia Hall. Waktu itu sambutan hari raya. Anne datang atas undangan Kawan. Kata Kawan, dia mengenali Anne melalui seorang kawan dari Temasik.
Anne peramah dan menggoda. Entah bagaimana, hati saya sudah dicurinya. Ia berlaku terlalu pantas, seperti yang diakui oleh semua insan yang jatuh cinta.
Saya ini lelaki Melayu. Lelaki Melayu ini sangat pemalu. Saya juga dididik dengan kesopanan dan kesusilaan, justeru saya tidak betah untuk memulakan kata-kata.
Tetapi, hati saya yang sudah dicurinya seakan membuat saya tidak bernyawa. Nafas tersekat-sekat dan dada terasa ketat. Saya beranikan diri untuk membuka diri saya untuknya dan seakan seluruh tubuh saya cair waktu Anne mengatakan hati saya memang ada padanya.
Waktu saya memberitahu Kawan, saya dan Anne ingin bernikah di Masjid London bersaksi teman rapat, Kawan tidak bercakap walau sepatah pun. Wajahnya merona merah dengan mata yang buntang.
“Kau selalu istimewa,”. Dan sekali lagi persahabatan kami dingin dan beku.
Saya pulang ke Malaysia sebagai graduan undang-undang. Menjalani latihan dalam kamar dan akhirnya diterima masuk sebagai peguamcara dan peguambela. Anne isteri saya tidak bekerja. Dia ingin menjadi suri rumah tangga saya sepenuh masa dan setiap ketika.
Saya bekerja keras untuk membina nama dalam bidang guaman yang banyak saingannya. Saya pernah ditipu rakan kongsi, kerugian ribuan ringgit dan pernah juga sebelum ini tidak dibayar gaji. Sepak terajang dunia guaman mematangkan saya. Dan waktu saya membina Saya & Kawan-Kawan, saya terserempak dengan Kawan di lobi mahkamah. Seperti kebiasaan sahabat lama yang sudah bertahun tidak berjumpa, saya seronok bertembung dengan Kawan. Tapi Kawan sebaliknya, dia berkata, “oh, ini tentu saja campur tangan Istimewa,” sebaik saja saya memberinya kad perniagaan.
Tindakan Kawan benar-benar mencabar kesabaran saya. Selama bertahun-tahun kami bersahabat, tidakkah dia pernah ingin melihat saya lebih jauh dari rupa paras dan penampilan fizikal?
Tidakkah dia mengenali hati saya, budi saya, jiwa saya, raga saya malah nyawa saya? Tidakkah selepas bertahun-tahun dia masih tidak mengenali saya? Saya terpukul dengan pertanyaan itu. Bukankah saya punya kaki dan tangan yang sempurna untuk berjuang dalam hidup ini? Ya, mungkin Istimewa itu pengganti bapa, tetapi tetap saya perlu menggunakan tangan menyuap nasi ke mulut.
Saya memutuskan untuk tidak bersahabat dengan Kawan. Bukan saya memutuskan persahabatan, tetapi saya ingin meredakan kemarahan.
Renggangnya persahabatan saya dengan Kawan membuatkan saya banyak berfikir tentang lelaki bernama Istimewa. Apa yang sudah dia lakukan pada saya, kenapa dia sentiasa membayangi hidup saya hingga saya dilihat sebagai manusia yang tiada kaki.
Siapa sebenarnya Istimewa? Dia selalu membayangi kehidupan saya, pendidikan saya, moral saya dan sekarang perkahwinan saya.
Ya, perkahwinan. Selepas beranak dua, Anne menjerit-jerit di muka pintu menyambut saya pulang pada satu petang. Saya sudah cukup tertekan dengan kerenah anak guam yang menyaman bekas majikannya. Sikapnya yang bertarik tali sekejap hendak saman, sekejap hendak gugurkan kes membuatkan setiap salur darah dalam akal bergumpal- gumpal dengan saraf dan menganggu kelancaran saya berfikir.
Dan apabila saya pulang, Anne yang sudah melahirkan dua anak saya masing-masing berusia empat bulan dan dua tahun, menyambut saya dengan jerit pekik minta diceraikan.
Saya tanya mengapa. Katanya, dia benci tinggal di negara ini. Negara yang penuh perkauman dan tidak pernah adil melayan setiap warganya.
Saya minta dia ceritakan di mana ketidakadilannya. Dia menceritakan dari asal kejadian sebuah negara hinggalah ke saat ini. Dia bercerita tentang ketidakadilan kontrak sosial dan hak-hak mereka yang terpinggir.
Saya mendengar dan menggangguk-angguk. Saya faham resah dalam hati Anne. Sikap Anne membuat saya terfikir adakah kelemahan saya membuatkan dia berani menjadi isteri yang lantang dan derhaka?
“Bagaimana hendak membesarkan anak-anak dalam dunia memilih bulu? Jiran di kanan boleh masuk universiti dengan satu A, jiran kiri tidak boleh dapat biasiswa walaupun dapat 10 A. Jiran depan boleh bina masjid sebesar alam, jiran belakang nak bila tokong besar kangkang monyet pun dihalang?.”
Kemudian dia mempertikaikan kewujudan lelaki bernama Istimewa dalam hidup saya. Katanya, Kawan sudah terlalu banyak menderita kerana Istimewa. Kawan sudah banyak sengsara kerana Istimewa. Saya katanya, bukanlah diri saya yang sebenar tetapi menjadi saya dek kerana jampi serapah Istimewa.
Mata saya terbeliak. Hati saya berkata-kata dan waktu saya bertanya, Anne mengiyakan, dia menghubungi Kawan selepas terjumpa kad perniagaan Kawan dalam kocek seluar saya.
Hati saya cemburu mendengar pengakuan Anne yang bertemu Kawan di luar izin saya. Dan paling membuat hati saya remuk waktu Anne mengatakan, baru kini dia menyedari hati yang dicurinya bukan milik saya tapi milik Kawan.
Saya sebak. Seorang sahabat baik mengkhianati. Seorang isteri sudah tidak setia lagi. Saya renung wajah anak-anak yang masih belum tahu erti kehidupan, saya tarik nafas dan berkata, saya serahkan semua keputusan pada kamu, Anne.
Rupanya Anne merancang lebih jauh. Bukan sekadar meninggalkan saya, tetapi meninggalkan agama juga supaya dia boleh berkahwin dengan Kawan. Saya sudah tidak peduli. Buatlah apa disukainya.
Kerana kami bernikah di masjid, ikatan ini mesti juga dilerai di mahkamah syariah. Kami bernikah sebagai Islam dan kami juga mesti meleraikannya sebagai Islam. Tetapi Anne tidak memahaminya. Anne yang suka menjerit-jerit mengatakan dia bukan Islam dan haknya haruslah dibaca sebagai hak manusia bebas tanpa agama.
Saya cuba tenangkan Anne. Saya jelaskan duduk perkara sebenar bermula dari A dan berakhir dengan Z. Tetapi Anne dengan mata membuntang mengatakan, “semua ini kerana lelaki bernama Istimewa. Kamu patut menikahinya bukan aku!”
Apakah Anne gila seorang lelaki menikahi lelaki? Saya tidak suka hidup di lorong belakang.
Akhirnya saya putuskan, Anne boleh berbuat apa saja kerana saya sudah tidak mahu bertekak dengannya. Saya mahu menumpukan perhatian pada dunia guaman dan perniagaan yang saya bina. Jadi, apabila saya diberikan hak penjagaan anak-anak, saya terima saja dan saya katakan kepada Anne, dia masih ibu mereka dan berhak untuk menjenguk mereka kalau mahu setiap hari saya tidak kisah. Tetapi tidur malam mereka mesti dengan saya.
Tapi Anne tidak berpuas hati. Kata Anne campur tangan Istimewa menyebabkan haknya sebagai ibu terabai. Anak kecil kami yang masih berusia empat bulan masih me
nyusu badan dan hak seorang ibulah untuk bersama si anak, bukankah itu undang-undang Islam?
Anne betul tapi dia terlupa, dia sudah keluar dari Islam untuk berkahwin dengan Kawan. Tetapi Anne tidak pernah putus asa. Kata Anne naluri keibuannya adalah naluri paling luhur. Hanya manusia tidak bertamadun saja memisahkan ibu dengan anak. Ya, saya akui itu tetapi Anne terlupa saya juga bapa, saya punya hak dan adakah saya sebagai bapa akan memberikan yang tidak baik kepada anak?
Ya, kata Anne kerana lelaki Istimewa itu. Kerana lelaki bernama Istimewa katanya, saya sanggup berkorban nyawa.
Sebenarnya, saya sudah tidak mampu lagi bersabar dengan Istimewa. Kerana dia saya hilang Kawan, isteri dan kini mungkin anak-anak. Apa yang perlu saya lakukan? Kata Anne, jika saya benar-benar lelaki bermaruah berdirilah atas kaki sendiri dan jangan berlindung di balik Istimewa.
Bukankah saya peguam? Saya boleh membunuh lelaki bernama Istimewa bila-bila masa tanpa perlu takut ditangkap polis. Bukankah saya peguam? Saya berupaya membelit, menyimpul dan mengunting setiap akta, enakmen yang ada. Dan ya, saya tidak upaya lagi melihat dua anak saya menjadi bola, tertekan dengan perebutan hak penjagaan. Saya juga mahu menjernihkan persahabatan saya dengan Kawan.
Dan subuh itu, saya sudah bertekad, saya perlu membunuh Istimewa. Saya sudah jemu hidup dibayanginya.
Saya melihat Istimewa di atas tikar sembahyang, duduk berzikir tanpa suara. Hanya tasbih yang bergerak-gerak. Lelaki itu nampak uzur benar. Rambutnya putih. Badannya sudah bongkok. Tangannya berurat-urat. Ya, dia sudah uzur, dia baya bapa saya yang sudah bertahun-tahun meninggal dunia.
Dan, dari belakang, saya tikam Istimewa berkali-kali. Darahnya merah memancut. Terasa panas mengenai tangan saya. Istimewa tidak meraung. Dia jatuh tersungkur, saya pijak-pijak dia kemudiannya. Saya lepaskan semua amarah. Dia bertanggungjawab menyebabkan saya dipandang tanpa mata, tanpa kaki dan tanpa jiwa.
Mata Istimewa tertutup. Wajahnya tenang seperti hidupnya, wajah itu tidak tersenyum dan tidak juga mempamerkan kesakitan.
Sebelum polis datang, saya belitkan, simpulkan semua bukti. Saya jadikan ia satu sebab yang besar lagi rasional mengapa Istimewa perlu mati. Lagipun, saya peguam. Saya tahu memanipulasikan undang-undang dan sentimen.
Selepas Istimewa mati, hak penjagaan saya ke atas anak-anak juga gugur. Istimewa tidak lagi membayangi keputusan mahkamah syariah dan segala-gala berkaitan saya. Saya serahkan pada Anne untuk membesarkan anak-anak.
Lagipun, saya bukanlah lelaki yang tidak bertamadun!
Selepas 10 tahun, saya di sini. Berbalut kain putih, terlentang di tengah rumah. Saya sudah mati. Anak-anak tidak boleh membaca Yassin atau mengkebumikan saya. Anak-anak saya memilih untuk kekal dalam kepercayaan Anne meskipun saya kira anak-anak berhak untuk memilih agama selepas dewasa.
Kawan-kawan juga tidak mahu menanam jenazah saya kerana undang-undang memperuntukkan tidak boleh berkumpul lebih dua orang atas alasan agama tanpa permit.
Saya juga tidak boleh disembahyangkan kerana selepas Istimewa saya bunuh, setiap orang sudah bebas untuk tidak percaya pada agama. Agama hanya akan membelahkan sebuah negara, itu rasional yang menghalalkan saya membunuh Istimewa dulu.
Saya dimandikan di hospital, tetapi mereka tidak berhak untuk menanam saya kerana menanam mayat adalah isu agama dan ia sangat sensitif . Dan isu agama adalah faktor yang akan memecah belahkan perpaduan sebuah negara.
Saya tidak boleh diarak ke kawasan perkuburan dan ditalkinkan kerana tingkah laku begitu boleh menganggu gugat ketenteraman awam.
Saya menangis tanpa air mata. Saya teringat malam saya membunuh Istimewa dan bagaimana saya terlepas daripada jenayah itu. Saya tahu, jika lelaki itu ada, dia akan memandikan saya, menalkinkan saya dan menanam saya dan membacakan Yassin kepada saya.
Tapi malangnya, dia sudah lama mati dan saya menanggung dosa yang teramat besar kerana membunuh Istimewa
Sumber dari sini .
p/s : baik ini komen saya. Semasa ditengah-tengah pembacaan, saya tertanya-tanya siapakah gerangan Istimewa. sampai beberapa perenggan sebelum akhir cerpen, barulah saya dapat menangkap maksud cerpen ini.
Sinis. Tajam. Menikam.
Saya mengakhirinya dengan menarik nafas panjang. Wah! takutnya! sesuaikah ayat tu?
Istimewa

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam, siapa penulis cerpen ni?
w'salam, saya pun tak tahu, di dalam utusan malaysia, tidak dinyatakan penulisnya.. rujuk sini. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0911&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_01.htm
maaf, salah saya juga tidak menyatakan sumber. Sdr tahukah siapa penulisnya?
saya sedang mencari siapa penulisnya, urmmm..