#Post Title #Post Title #Post Title
Saturday, December 17, 2011

Nasi kenduri jam 4 petang

Segala Puji Bagi Allah


Walaupun saya fikir kesibukan esaimen dan program yang berderet tidak memungkinkan saya mengunjungi hari bahagia sahabat saya, tapi bila Allah dah tuliskan, saya tetap berjaya menjejak ke rumah beliau.

"Majlis sampai pukul berapa?"

"Oh, pukul 4" ujar saya setelah menelek kad undangan. Jam sekarang 3.40p.m. 

Maka, jadilah kami tetamu paling akhir dapat bersalam dengan pengantin. Seronoknya jadi yang lambat ialah, dapat bersembang dengan pengantin lebih lama..

Saya suka makan nasi kenduri, ianya sedap luar biasa. Ya, satu kerana percuma, satu lagi, kerana PERASA kebahagiaan itu masuk di celah-celah nasi kenduri itu. 


Ini hidangan bagi tetamu terakhir seperti saya dan rakan-rakan.  (Selepas saja kami ambil makanan, semua bekas itu diangkat!)


Sirap kenduri pukul 4 petang ini masih lagi segar dan warnanya masih menawan. Jangan sesekali prejudis dengan sirap kenduri ya!



Walaupun simple, tapi saya suka. Usai membilas tangan, bila saya meraup tangan saya ke muka, bau  masak rebung itu masih melekat di jemari saya. Bau ini mengingatkan saya pada umi, abah dan kampung Dan tiba-tiba saya rasa sayang nak basuh tangan ni dengan sabun, nanti hilang bau yang nostalgia  ini! Teruknya!

Sedikit gambar dari tempat kejadian, (saya tak berani upload gambar pengantin tanpa izinnya,)
gambar ini saja bolehkah?



Gubahan coklat yang kreatif, bumbung rumah itu dibuat dari kuaci! 


dan..


Kiri atau kanan?
Ya, tak syak lagi, kami sesat. Itulah antara sebab sampai lewat..

Sebelum pulang kami diberi ini..


Apa pun, jangan diamalkan datang lewat majlis, kecuali kami yang berlagak seperti orang penting dan rapat dengan pengantin (senyum)

Oh, saya punya soalan, bila kamu datang sebagai tetamu,ke kenduri kahwin,  adakah kamu akan berpeluang duduk di pelamin?

~saya pasti jawapannya TAK

Adakah kamu dapat selalu berpeluang ada dalam celah-celah gambar pengantin?
~Tidak bukan?

Jadi yang kamu dapat ialah?
Makan.
Kan?

Jadi bila tiba hari bahagia kamu, mengapa tidak kita membahagiakan tetamu kita dengan memberi hidangan yang sedap dan berkat sehingga kebahagiaan kamu dapat dikongsi bersama tetamu?
Pelamin, Baju cantik, sewa jurugambar yang mahal.. semua itu untuk hanya untuk kepuasan MATA semata.Tak masuk dan bertukar menjadi darah daging pun. Juga tak dapat dirasai oleh semua tetamu pun.

YANG SEKALI ITULAH YANG DICARI KEBERKATANNYA

Semoga kita sentiasa dalam redhaNya.
[ Read More ]
Wednesday, November 30, 2011

Travelog Turki



Bagi mendapat gambaran yang lebih jelas bagi tempat yang dinamakan Sanliurfa, saya membeli buku ini. Bagaimanapun tiada satu perkataan Sanliurfa yang tercatat di dalam buku ini.

Saya baca juga buku yang besar dan tidak handy ini ketika di dalam tren, bas, dan bukan ketika saya memang berniat untuk membaca. Maaflah encik buku, saya kesuntukan masa.

Saya pernah baca buku travelog yang lain.  Jadi buku ini tidak mencapai objektif saya. Buku ini hanya bercerita mengenai tempat-tempat menarik dan terkenal saja. Saya hairan bila jejak-jejak anbiya tiada diikuti. Walhal Nabi Harun, Musa, Ibrahim lahir di Turki. Tak mengapa. Tips menarik sebagai pengembara banyak saya kutip dari catatan penulis yang juga seorang doktor perubatan. Siapa tahu saya bakal jejakkan kaki di sana?  Amiin..
[ Read More ]
Sunday, October 30, 2011

Kebuntuan diskripsi


Menurut pengkaji sejarah, ini adalah tiang yang digunakan untuk mencampak nabi Ibrahim ke dalam api. Ia berada di Sanliurfa, Turki. 
sila fikir, bagaimana mahu diekspresikan gambar ini ke dalam tulisan? supaya dengan membaca, gambar ini seperti terakam di retina? 
oh~
[ Read More ]
Wednesday, October 12, 2011

Lelah melihatnya




Ini cara penyediaan Cig kofte yang asli. dari masyarakat Turki. caranya lebih santai dan yakin.


Walaupun satu patah kata pun saya tak dapat fahami yang dikatakan.. saya cuba menghadamnya.
Tapi cukup dengan melihatnya, kita dapat tahu, bukan mudah menghasilkan makanan ini. makanan pengorbanan. Makanan yang mengundang berita gembira buat pasangan yang menantikan cahaya mata.Ibrahim dan Siti Sarah. peristiwa yang tersurat dalam surah Hud ayat 69-73


Dan sesungguhnya telah datang malaikat utusan-utusan Kami kepada Nabi Ibrahim, dengan membawa berita yang mengembirakan. Lalu mereka memberi salam dengan berkata: "Salam sejahtera kepadamu (wahai Ibrahim)". Nabi Ibrahim menjawab: "Salam sejahtera kepada kamu". Maka tidak beberapa lama selepas itu, ia membawa jamuan untuk mereka: seekor anak lembu yang dipanggang.


Maka apabila ia melihat tangan mereka tidak menyentuh hidangan itu, ia merasa pelik akan hal mereka serta merasa takut dari keadaan mereka. (Melihat kecemasannya) mereka berkata: "Janganlan engkau takut wahai Ibrahim, sebenarnya kami ini diutus kepada kaum Lut (untuk membinasakan mereka)".




Dan isterinya pada ketika itu berdiri (mendengar), lalu ia ketawa (kerana hilang perasaan takutnya). Maka Kami pun memberikan berita yang menggembirakan kepadanya (melalui malaikat itu), bahawa ia akan mendapat seorang anak: Ishaq, dan sesudah Ishaq, (ia pula akan mendapat seorang cucu): Ya`qub.


Isterinya berkata: "Sungguh ajaib keadaanku! Adakah aku akan melahirkan anak padahal aku sudah tua, dan suamiku juga sudah tua? Sesungguhnya kejadian ini suatu perkara yang menghairankan".


Malaikat-malaikat itu berkata: "Patutkah engkau merasa hairan tentang perkara yang telah ditetapkan oleh Allah? Memanglah rahmat Allah dan berkatNya melimpah- limpah kepada kamu, wahai ahli rumah ini. Sesungguhnya Allah Maha terpuji, lagi Maha Melimpah kebaikan dan kemurahanNya".


[ Read More ]
Thursday, October 6, 2011

Selamat datang ke dunia Heliotis

File:Abalone & Asparagus, Stir-Fried with Black Bean Sauce (207804042).jpg
Abalone. Begitu ia dipanggil oleh masyarakat Sepanyol. Paua pula namanya di kalangan masyarakat Maori di New Zealand. Dikatakan makanan termahal di dunia. Malah banyak pula khasiat.

Apa yang menarik ciptaan Allah ini, punya cengkerang yang cantik. Siput laut yang juga dipanggil telinga laut (sea ears ) sebesar tapak tangan manusia ini, boleh juga menghasilkan mutiara yang indah.



Nama sebenar siput yang menjadi hidangan di Taiwan, China, Jepun, Amerika Latin dan New Zealand ini ialah Haliotis.


Boleh dimakan mentah begitu saja...Loya pula membayangkannya...jika mentah-mentah begini, selalunya dimakan bersama wasabi.

Terima Kasih kepada sahabat saya yang mencetuskan idea..
[ Read More ]
Wednesday, October 5, 2011

contengan



hanya lakaran, mungkin inspirasi, mungkin tidak

segalanya mungkin

[ Read More ]
Monday, October 3, 2011

Mestikah ketawa?

"Buku apa yang awak sedang baca sekarang ni?" pertanyaan rakan sekelas saya di pagi yang sibuk itu, membuat saya terpana sebentar. Wah, jarang saya menerima soalan begini. Mujur saya sedang membaca sekarang. Jika tidak malu juga hendak menjawab 'tidak'. Secara tak langsung saya akan mengiyakan statistik orang Malaysia membaca dua muka surat setahun.

"Oh, saya sedang baca buku Sangkar"

"Sangkar?Apa tu?" Dia terpinga

"Buku karya sasterawan negara" ujar saya.

Lalu dia ketawa. Mengapa? saya pula terpinga.Saya mengerut dahi sambil memandangnya hairan.



"Kenapa awak baca buku sasterawan negara?"

Saya jadi semakin hairan dengan soalan itu. Salahkah saya baca buku itu? pelikkah? Buku  itu buku yang berkualiti untuk dibaca. Tidak 'kosong.'

Soalan  beliau membuat saya mengimbas peristiwa Sabtu lalu.

Saya terserempak dengan sahabat saya yang juga sefakulti dengan saya. Dia sedang duduk membaca sambil menikmati hidangan roti. saya tersenyum. Ini bukti orang Malaysia suka membaca.

"Baca buku apa?" tanya saya selepas berbasa basi dengan beliau.

Dia menayangkan muka hadapan buku. Hijab Sang Pencinta. Saya mengangguk. Ya. Saya sudah tamat membaca penutup bagi siri kependekaran Laksamana Sunan ini.

"Bahasa buku ini indah bukan?" katanya lalu mengajuk kata-kata Laksamana Sunan, watak utama novel itu. Saya tersenyum sambil fikiran mencari memori cerita yang sudah layu dalam otak saya. entah tahun bila saya tamat baca buku ini.

Perbualan kami, membuat saya duduk juga menyertai meja yang beliau duduki. Saya membuat keputusan untuk menunggu sahabat saya di situ. Saya mengeluarkan buku yang baru dipinjam di Perpustakaan Tun Seri Lanang.

"Buku apa tu kak?" dia melihat kulit buku yang tidak berwarna itu. Saya mengunjuk buku tersebut lalu menyelak helaian buku itu dihdapannya.

"fatimah busu punya buku"

"Kenapa akak baca buku macam ni?" katanya bila melihat helaian yang sudah kekuningan itu. Buku itu sudah agak langka. Juga tidak menarik, jauh beza dengan buku yang berlatar merah yang sedang dipegangnya.

Saya agak tersinggung dengan perkataan 'macam ini' yang dituturkan olehnya. Sedihnya. Adakah kerana saya pelajar FST saya tidak layak membaca buku sebegini? Perlukah sebab yang kuat untuk membaca sesetengah genre, sedang negara kita dikatakan negara demokrasi, tanpa garis bahagi?
[ Read More ]
 
 

Recent Comments

Dengar

Maher Zain ft. Irfan Makki_I Believe

Powered by mp3skull.com

Followers

siapa datang?

About Me