Wednesday, December 28, 2011

28 Dec
Sepotong nasihat

Segala puji bagi Allah Semasa menghasilkan cerpen ini, saya mengelek beberapa buku kumpulan puisi dari beberapa tokoh sastera seluruh dunia. (seluruh lah sangat). Itu pun setelah disarankan oleh Dr Mawar satu ketika lalu. Saya cuba mencari jalan pintas untuk menghasilkan cerpen yang 'berbahasa' dan bukan hanya bercerita.  Hakikatnya tiada jalan pintas untuk berjaya. Latihan penting. Jujur saya katakan, walaupun buku-buku yang saya baca selalu...
[ Read More ]
Wednesday, December 21, 2011

21 Dec
Lakaran kehidupan

Segala Puji Bagi Allah. Memetik kata-kata seorang penulis blog,, hidup kita ini ibarat sehelai kertas putih. Apa saja yang terlakar dan tertulis di atasnya adalah  catatan dari Tuhan.  Ya, tidak kiralah kita merasakan tulisan itu titisan yang comot dan tak terketahuanatau hanya noktah hitam.Atau lakaran yang tak dimengertikan.Tetaplah bacanya dengan cintaHakikatnya itulah tulisan yang terbaik dari Tuhan buat kita. Ditulis dengan cinta-Nya...
[ Read More ]
Saturday, December 17, 2011

17 Dec
Nasi kenduri jam 4 petang

Segala Puji Bagi Allah Walaupun saya fikir kesibukan esaimen dan program yang berderet tidak memungkinkan saya mengunjungi hari bahagia sahabat saya, tapi bila Allah dah tuliskan, saya tetap berjaya menjejak ke rumah beliau. "Majlis sampai pukul berapa?" "Oh, pukul 4" ujar saya setelah menelek kad undangan. Jam sekarang 3.40p.m.  Maka, jadilah kami tetamu paling akhir dapat bersalam dengan pengantin. Seronoknya jadi yang lambat ialah, dapat...
[ Read More ]
Wednesday, November 30, 2011

30 Nov
Travelog Turki

Bagi mendapat gambaran yang lebih jelas bagi tempat yang dinamakan Sanliurfa, saya membeli buku ini. Bagaimanapun tiada satu perkataan Sanliurfa yang tercatat di dalam buku ini. Saya baca juga buku yang besar dan tidak handy ini ketika di dalam tren, bas, dan bukan ketika saya memang berniat untuk membaca. Maaflah encik buku, saya kesuntukan masa. Saya pernah baca buku travelog yang lain.  Jadi buku ini tidak mencapai objektif saya. Buku...
[ Read More ]
Sunday, October 30, 2011

30 Oct
Kebuntuan diskripsi

Menurut pengkaji sejarah, ini adalah tiang yang digunakan untuk mencampak nabi Ibrahim ke dalam api. Ia berada di Sanliurfa, Turki. sila fikir, bagaimana mahu diekspresikan gambar ini ke dalam tulisan? supaya dengan membaca, gambar ini seperti terakam di retina? ...
[ Read More ]
Wednesday, October 12, 2011

12 Oct
Lelah melihatnya

Ini cara penyediaan Cig kofte yang asli. dari masyarakat Turki. caranya lebih santai dan yakin. Walaupun satu patah kata pun saya tak dapat fahami yang dikatakan.. saya cuba menghadamnya. Tapi cukup dengan melihatnya, kita dapat tahu, bukan mudah menghasilkan makanan ini. makanan pengorbanan. Makanan yang mengundang berita gembira buat pasangan yang menantikan cahaya mata.Ibrahim dan Siti Sarah. peristiwa yang tersurat dalam surah Hud ayat 69-73 Dan sesungguhnya telah datang malaikat utusan-utusan Kami kepada Nabi Ibrahim, dengan membawa berita yang mengembirakan. Lalu mereka memberi salam dengan berkata: "Salam sejahtera kepadamu (wahai...
[ Read More ]
Thursday, October 6, 2011

6 Oct
Selamat datang ke dunia Heliotis

Abalone. Begitu ia dipanggil oleh masyarakat Sepanyol. Paua pula namanya di kalangan masyarakat Maori di New Zealand. Dikatakan makanan termahal di dunia. Malah banyak pula khasiat. Apa yang menarik ciptaan Allah ini, punya cengkerang yang cantik. Siput laut yang juga dipanggil telinga laut (sea ears ) sebesar tapak tangan manusia ini, boleh juga menghasilkan mutiara yang indah. Nama sebenar siput yang menjadi hidangan di Taiwan, China, Jepun,...
[ Read More ]
Wednesday, October 5, 2011

5 Oct
contengan

hanya lakaran, mungkin inspirasi, mungkin tidak segalanya mungk...
[ Read More ]
Monday, October 3, 2011

3 Oct
Mestikah ketawa?

"Buku apa yang awak sedang baca sekarang ni?" pertanyaan rakan sekelas saya di pagi yang sibuk itu, membuat saya terpana sebentar. Wah, jarang saya menerima soalan begini. Mujur saya sedang membaca sekarang. Jika tidak malu juga hendak menjawab 'tidak'. Secara tak langsung saya akan mengiyakan statistik orang Malaysia membaca dua muka surat setahun. "Oh, saya sedang baca buku Sangkar" "Sangkar?Apa tu?" Dia terpinga "Buku karya sasterawan negara"...
[ Read More ]
Thursday, September 29, 2011

29 Sep
Chee Kufta

Makanan dimasak tanpa api. Menarik bukan? Idea datang apabila saya teringat rancangan Ayat Riwayat, di TV Al-Hijrah. Malangnya saya terlupa episod ke berapa yang mentafsirkan ayat mengenai Nabi Ibrahim itu. Mungkin saya boleh menggunakan kaedah interteks dalam cerpen saya. Okey, mari lihat apakah makanan ini.  Chee Kufta. Nama saja pun pelik, penyediaannya lagi pelik. Namun  dari segi luaran ia tidak jauh beza dengan kebab-kebab yang...
[ Read More ]
Wednesday, September 21, 2011

21 Sep
Steak

Dalam banyak-banyak makanan yang anda pernah makan, makanan apa yang anda rasa paling sedap? Yang anda suka untuk nikmatinya walaupun untuk kali yang ke seribu? Makanan PERCUMA! Setuju tidak dengan pendapat saya? Hari ini saya mendapat makanan percuma. Dari senior yang bakal bergraduasi Isnin ini. Beef steak with cheese. atau dalam bahasa kita,  steak kambing bersama keju. Diapit dengan roti.Senang kata, kebab kambing .. Roti...
[ Read More ]
Monday, September 19, 2011

19 Sep
TESIS

selamat hari-hari! Pagi-pagi sudah buka emel. Emel yang agak menakutkan. Tapi itulah hakikat dan realiti. Awak dah jadi pelajar tahun akhir. Saya dengan rasminya mendapat tajuk tesis yang agak menarik. Effect of pretreatment with Propolis on the survivality of mice in an acute animal melioidosis model Tikus yang telah diinfeksikan dengan virus B. psudomallei akan disuntik pula dengan madu. kita lihat hasilnya. Berapa banyak yang hidup. Madu. Itu...
[ Read More ]

19 Sep
Manusia 'berbulu' ayam

Pakai skirt bantah gabenor2011/09/19 SEKUMPULAN wanita bersama sepanduk membantah kenyataan gabenor Jakarta yang mendakwa punca kes rogol disebabkan berpakaian skirt mini.Kenyataan pakaian singkat penyebab rogol cetus kemarahan di Indonesia JAKARTA: Sekumpulan wanita di Indonesia, mengadakan perhimpunan dengan memakai skirt pendek untuk memprotes kenyataan gabenor bandar raya Jakarta, Fauzi Bowo yang menyalahkan pakaian sebagai punca kejadian rogol...
[ Read More ]
Friday, September 16, 2011

16 Sep
Istimewa

BAPA saya meninggal dunia ketika umur saya tujuh tahun. Waktu bapa sakit tenat, dia mewasiatkan teman baiknya, Istimewa untuk menjaga saya. Istimewa, lelaki seusia bapa itu tidak pernah bercakap sepatah pun dengan saya. Anehnya, sejak bapa meninggal, Istimewa adalah bapa kepada saya. Sahabat baik saya, Kawan, kerap mengejek saya kerana berbapakan Istimewa. Saya tidak peduli. Saya pun tidak pernah menganggap lelaki itu sebagai bapa. Ada atau tidak lelaki itu di sisi saya sama saja. Kawan, selalu menempelak saya, mengatakan saya tiada kaki. Kerana, tiap langkah saya dipapah Istimewa. Walaupun dia sahabat baik, rupanya dia tidak pernah menyedari...
[ Read More ]
Thursday, September 15, 2011

15 Sep
Siap!

SEGALA PUJI BAGI ALLAH Setelah sekian lama memerah idea, dan bersengkang mata.. tidak termasuk berapa kali edit dan tukar konsep..., akhirnya inilah hasilnya... Semoga kerja saya ini diterima semua ahli jawatankuasa.. kalau tidak, tak kuasa eden nak buat laie sekali! Kepada semua yang membaca, dijemput hadir... Tapi perempuan sah...
[ Read More ]

15 Sep
Lalu daun pun berguguran...

“Bila kamu lihat daun berguguran, ia sangat signifikan. Lain dari penglihatan kawan kamu dari FST atau fakulti lain” Saya pelajar FST! Begitu saya menjerit dalam hati. Jadi kenapa dengan pelajar FST? Cara melihat yang berbeza. Jika kami, atau secara khususnya saya yang mungkin satu-satunya pelajar yang ‘sesat’ di dalam kelas tersebut memahami; apabila daun gugur bermakna ia tidak lagi menjalankan proses fotosintesis mungkin pigmen hijau tidak...
[ Read More ]
 
 

Recent Comments

Dengar

Maher Zain ft. Irfan Makki_I Believe

Powered by mp3skull.com

Followers

siapa datang?

About Me